seismik

Pelajar Tahfiz Berusia 7 Tahun Ini Maut Dipukul Rakan Gara-Gara Tidak Puas Hati

Mangsa sepatutnya ada masa depan yang cerah. Al-Fatihah...

Cover image via Buletin TV3

Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan satu kes berkaitan seorang lagi pelajar tahfiz yang dibuli dan dipukul dan kali ini sehingga menyebabkan kematian

Seorang pelajar lelaki sebuah maahad tahfiz, Muhammad Aimin Nurul Amin yang berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia dipercayai dipukul rakannya di Lanchang, Temerloh pada 7 November 2019. 

Muhammad Aimin Nurul Amin, 7 tahun.

Image via Buletin TV3

Memetik laporan Harian Metro, mangsa ditemui dalam keadaan lemah oleh warden wanita pada jam 1 tengah hari sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk menerima rawatan.

Pelajar tersebut kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan kini menjalankan siasatan mengenai kes tersebut

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan.

Image via NST

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam pada badan mangsa. Kesan lebam itu ditemui di bahagian sebelah kiri, bahagian pinggang, bahu dan luka di bahagian bibir.

"Sehubungan itu, kita menahan tiga rakan mangsa yang juga pelajar maahad yang berusia 13 tahun untuk siasatan lanjut. Motif kejadian dipercayai adalah tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa sepanjang berada di asrama berkenaan.

"Maahad berkenaan hanya mempunyai empat pelajar sahaja termasuk mangsa dan ia mula beroperasi sejak Januari lalu. Mangsa mula belajar di maahad berkenaan pada pertengahan Oktober lalu bersama abang tirinya," katanya.

Pusat maahad tersebut beroperasi tanpa mendapat kebenaran dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

“Maahad itu hanya mempunyai seorang sahaja tenaga pengajar yang juga suami kepada warden wanita berkenaan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh dan bedah siasat akan dilakukan pada hari ini," katanya lagi.

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS).

Image via Buletin TV3

Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Banyak betul kes buli sekarang ini!

Leave a comment